KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan berhubung satu video tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki yang dipercayai pengusaha restoran menggunakan tong sampah untuk menyimpan makanan.
Difahamkan, pengusaha restoran itu menggunakan tong sampah berwarna hitam untuk merendam sotong di sebuah restoran di Petaling Jaya, Selangor.
BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kereta tersadai tepi semak di Pontian, rupanya ada mayat reput 10 hari di kerusi tempat duduk
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu bas tidak fikir nyawa penumpang, tergamak memotong treler dekat 'double lane' di Gerik
Tangkap layar memaparkan lelaki tersebut merendam sotong menggunakan tong sampah.
Susulan itu, KKM pada Sabtu menerusi kenyataan di Twitter mendedahkan akan menjalankan siasatan berkenaan perkara tersebut.
"Terima kasih kerana membawa perhatian ini kepada kami. KKM akan menjalankan siasatan," tulisnya di laman X.
Pada Sabtu, hantaran yang dikongsikan oleh pengguna Twitter dengan nama akaun @heyizwanizzat di laman X itu berjaya mencuri tumpuan KKM.
Akaun tersebut mendedahkan bahawa lelaki berkenaan sudahpun ditegur oleh orang ramai namun enggan mengendahkan teguran tersebut.
"Dia guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Dah ramai yang tegur tapi jawapan sebab ramai yang buat macam tu so tak jadi masalah.
"Agak geram jugaklah dengan jawapan dia especially dalam bab penyediaan makanan macam ni, KKM Putrajaya boleh dah jalankan tugas," katanya di X.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan pandangan mereka mengenai isu tersebut.
"Tengok tong tu, dinding berdaki macam tu. Hilang selera," kata @Nazlinmohd23.
"Bang. Saya dekat rumah pakai tong tu tempat simpan air," kata @orangcinamon.
"Beraninya dia letak sotong dalam tu, tong tu chemical dia khas untuk tong sampah," kata @firdausmohammad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram