[VIDEO] Pemandu bas tidak fikir nyawa penumpang, tergamak memotong treler dekat 'double lane' di Gerik


  • Tular
  • Sabtu, 01 Jun 2024

Tangkap layar memaparkan bas persiaran berkenaan dilihat sengaja memotong garisan berkembar di Gerik pada awal pagi Sabtu.

SEORANG pemandu bas dikecam apabila dilihat sengaja memotong garisan berkembar di laluan selekoh lebuh raya pada awal pagi Sabtu.

Kejadian itu berlaku apabila pemandu bas persiaran tersebut dirakam memotong sebuah treler di garisan berkembar.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu sekali gus mengundang bahaya apabila nyaris berlanggar dengan sebuah kenderaan yang juga pemilik dashcam yang datang dari arah bertentangan.

BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kereta tersadai tepi semak di Pontian, rupanya ada mayat reput 10 hari di kerusi tempat duduk

BACA LAGI: [VIDEO] Polis simpan telefon berjam-jam, pemandu e-hailing OKU dikasari pengiring TMJ akui diarah tarik balik laporan

Dia kemudiannya dimarahi oleh pemandu kenderaan tersebut.

"Sabarlah, awak bawa nyawa ni, " katanya di laman sosial X.

Susulan kejadian itu, tindakan pemandu bas persiaran berkenaan mendapat kecaman daripada orang awam.

"Perangai driver yang susahkan orang lepastu salahkan geng lori, dah laa bawa banyak nyawa tu," kata @nxrhisyxm.

"Dekat selekoh, double line lagi, betul-betul tiada hati perut, beringatlah wahai driver tengah bawa penumpang tu," kata @alipgary7.

"Double line kot berani betul dia buat macam tu sekali, kau tengah bawa nyawa orang kot dalam tu," kata @SuperringMY.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Jalan Gerik, Perak.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis atau syarikat bas berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram