SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak MB — Azam Baki


  • 112
  • Khamis, 25 Apr 2024

Penahanan kesemua daripada mereka dibuat bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat beberapa tangkapan lagi berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, tangkapan itu bertujuan membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Menurutnya, pada masa sama, tangkapan itu juga bagi membuktikan kesalahan yang berlaku, berhubung kes berkenaan.

BACA LAGI: Anak MB antara 6 individu ditahan reman SPRM kes tuntutan palsu RM600,000

"Kes tersebut telah diketahui umum dan suspek terlibat telah ditahan semalam serta siasatan masih diteruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di Bangunan Persekutuan Gua Musang pada Khamis.

Azam memberitahu, beberapa pihak-pihak lain juga akan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan kes berkenaan,” katanya.

BACA LAGI: SPRM tidak beri tumpuan isu pentadbiran FAM, hanya siasat projek NTC

Beliau berkata berkemungkinan permohonan reman baharu bagi kesemua suspek yang ditahan juga akan dibuat, berikutan tempoh masa reman yang diberi tidak mencukupi untuk membolehkan SPRM melengkapkan siasatan awal.

Pada Rabu, anak lelaki seorang menteri besar antara enam direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000, sejak dua tahun lepas. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram