
Tangkap layar video memaparkan dua penunggang motosikal yang terjatuh selepas merempuh belakang kereta angkara mengelak kenderaan VIP di Rasa, Hulu Selangor pada Ahad.
DUA penunggang motosikal cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Rasa, Hulu Selangor, Selangor pada Ahad.
Menerusi video tular di media sosial sejak Isnin, dua penunggang lelaki tersebut merempuh sebuah kereta sebelum terjatuh ke bahu jalan.
Kenderaan polis yang melalui jalan bertentangan dengan mangsa.
Dalam video itu, kelihatan penunggang terbabit cuba mengelak kenderaan polis yang mengiringi VIP ketika itu sebelum merempuh belakang kereta terbabit.
Belum ada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram