
SEORANG wanita disyaki mencuri duit sebuah beg dalam kejadian di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor pada Ahad.
Kejadian itu dipercayai berlaku semasa jemaah sedang bersahur sekitar pukul 5.50 pagi
Rakaman yang dimuat naik di media sosial menunjukkan wanita berkenaan menyelongkar sebuah beg yang terdapat di ruangan solat wanita masjid berkenaan.
BACA LAGI: 'Hilang' sebab takut kena marah, ibu syukur Siti Dhia ditemukan selamat di restoran mamak Sri Rampai
Difahamkan, suspek mengambil duit yang berada dalam sebuah beg dan turut membawa bersama beg berkenaan seolah-olah barang itu miliknya.
Dalam pada itu, seorang pengguna di Facebook, @LoveKualaSelangor meminta agar umat Islam lebih berhati-hati semasa berada di masjid.
"Jangan cuai meletakkan barangan peribadi di tempat tidak sepatutnya.
"Pastikan agar duit, barang-barang berharga dan beg tidak ditinggalkan di bahagian belakang saf atau di ruang solat jika tiada jemaah lain semasa ke bilik air. Terima kasih," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kecewa melihat kes kecurian masih berlaku meskipun berada di bulan yang mulia.
"Dunia akhir zaman," tulis Sufti Yahaya.
"Aduhai, bulan puasa ni, dalam masjid pula tu. Hati-hati sahaja lah semua orang ya," tulis Nur 'Athirah Ahmad Fahmi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram