[VIDEO] Penduduk cemas puting beliung badai Lahad Datu


  • Tular
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Kejadian puting beliung di Batu 1 Lahad Datu, Sabah pada Jumaat mencemaskan penduduk.

SATU kejadian puting beliung melanda kawasan Batu 1 Lahad Datu, Sabah pada Jumaat sehingga mencemaskan ramai penduduk.

Kejadian yang dirakam oleh penduduk tempatan memaparkan bumbung deretan kedai diterbangkan puting beliung.

Turut dilihat, bumbung berterbangan ke arah jalan raya sehingga menghalang laluan kenderaan yang berada di kawasan berkenaan.

Malah, kejadian ngeri itu turut hampir menyebabkan sebuah kereta mengalami kerosakan disebabkan terkena serpihan bumbung yang berterbangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet panik melihat cuaca buruk yang menimpa kawasan berkenaan.

"Depan-depan ini tadi, seram. Harap-harap kereta yang kena itu baik-baik sahaja," tulis Cooper Jon

"Baru nampak tadi di Lahad Datu. Biasa kecil-kecil dan tidak lama. Seperti ini semoga dijauhkan," tulis Tencent Pubg.

Walaubagaimanapun, memetik laporan TV3, difahamkan bahawa Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid belum menerima apa-apa laporan berhubung kejadian itu setakat pukul 3.30 petang tadi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram