[VIDEO] Pembonceng nyaris maut tercampak akibat dirempuh pacuan 4x4 di Kubang Semang


  • Tular
  • Isnin, 22 Jan 2024

Tangkap layar kejadian seorang pembonceng nyaris maut selepas dirempuh kenderaan di Kubang Semang pada Sabtu.

SEORANG lelaki nyaris maut selepas dirempuh sebuah kenderaan jenis Hilux dalam kejadian di Kubang Semang, Seberang Perai, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Dalam rakaman video tular di media sosial, penunggang motosikal yang membawa seorang pembonceng sedang melalui lorong jalan raya kawasan berkenaan.

Secara tiba-tiba, pemandu sebuah kereta yang bergerak laju bertindak melulu memasuki lorong kanan jalan raya sehingga merempuh motosikal berkenaan.

BACA LAGI: Percaya atau tidak, Putin, Hitler miliki bakat melukis luar biasa

Geseran yang kuat semasa pelanggaran mengakibatkan pembonceng motosikal berkenaan tercampak di tengah-tengah lorong jalan raya.

Turut dilihat, mangsa mengerang kesakitan selepas dilanggar oleh kenderaan berkenaan.

Penunggang motosikal yang panik melihat rakan yang dibawanya terjatuh terus bergegas menghentikan motornya di tepi jalan.

Dalam pada itu, kenderaan pelaku turut dilihat berhenti di tepi jalan untuk memeriksa keadaan mangsa.

Namun, setakat berita ini ditulis belum ada kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu dan keadaan mangsa juga tidak dapat dipastikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram