Siasatan SPRM: Isteri dakwa Tun Daim dianiaya kerana kaya-raya


  • Massa
  • Rabu, 10 Jan 2024

Naimah bercakap pemberita sebelum memasuki ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Rabu.

ISTERI kepada Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Khalid mendakwa suaminya kini sedang berhadapan dengan kempen yang dilakukan pihak tertentu bagi mencemarkan imejnya.

Ujar beliau, usaha tersebut dilakukan dengan mewujudkan persepsi buruk terhadap suaminya yang juga bekas Menteri Kewangan termasuk melalui perkongsian maklumat yang sudah diputar belit.

"Kini, sebuah kempen memutar belit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa beliau seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya.

"la sesuatu yang tidak masuk akal dan munasabah. Tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan terlepas daripada tuduhan sedemikian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum memasuki ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada Rabu.

BACA LAGI: Isteri, 2 anak Tun Daim dipanggil beri keterangan di SPRM pada Rabu

0D9CB835-5E26-47A3-BB79-960FCB508172

Naimah berkata, adalah satu pengetahuan umum bahawa Daim (gambar) merupakan ahli perniagaan yang berjaya sebelum menyertai Kerajaan pada 1984.

Naimah berkata, walaupun pihak keluarganya mempersoalkan motif siasatan yang dilakukan, mereka tetap memberikan kerjasama kepada SPRM seperti dikehendaki di bawah undang-undang.

Menurutnya, adalah satu pengetahuan umum bahawa Daim merupakan ahli perniagaan yang berjaya sebelum menyertai Kerajaan pada 1984.

“Beliau (Daim) sudah dikenali ramai sebagai hartawan dan jutawan sebelum memegang jawatan 40 tahun lalu," ujarnya.

BACA LAGI: [VIDEO] SPRM tampil jawab dakwaan Daim, maklum sudah beri 5 kali lanjutan isytihar harta

Dalam pada itu, Naimah memaklumkan, dia menerima panggilan pada Isnin yang memintanya hadir pada keesokan harinya untuk disoal siasat.

"Bagaimanapun, saya meminta (untuk) tarikh lain kerana notis yang singkat itu," katanya.

Pada Disember lalu, SPRM bertindak menyita Menara Ilham milik keluarga itu sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

SPRM sebelum ini berkata, siasatan dijalankan terhadap Daim itu dibuat mengikut undang-undang sedia ada dan maklumat daripada pendedahan dalam Kertas Pandora.

“Dalam kes Daim, SPRM membuka kertas siasatan pada Februari 2023 berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora,” kata SPRM dalam satu kenyataan pada 30 Disember lalu.

Jelas kenyataan itu lagi, pihak berkuasa tidak pernah pada bila-bila masa membangkitkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menuduh Daim melakukan sebarang kesalahan.

Badan pencegah rasuah itu menjelaskan, sebagai sebahagian daripada siasatan, satu notis dikeluarkan pada 7 Jun, di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan sudah dihantar kepada Daim.

Susulan tindakan penyitaan menara itu, Daim mengecam siasatan SPRM ke atasnya dan keluarganya, dengan mendakwa bahawa ia adalah satu bentuk serangan politik yang ditujukan kepadanya. — The Star/MAZWIN NIK ANIS/JUNAID IBRAHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram