Isteri, 2 anak Tun Daim dipanggil beri keterangan di SPRM pada Rabu


  • Massa
  • Rabu, 10 Jan 2024

Pada 28 Disember lalu, Daim mengecam penyiasatan SPRM ke atas beliau dan keluarganya dan mendakwa bahawa ia merupakan satu bentuk serangan politik.

ISTERI kepada Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Khalid dan dua anaknya akan dipanggil untuk ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi sesi soal siasat pada Rabu.

Ketika dihubungi, peguam, Rajesh Nagarajan mengesahkan perkara itu.

"Ya saya boleh sahkan. Kami akan berada di sana sekitar pukul 10.30 pagi untuk diambil keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya," katanya.

Dalam satu kenyataan kepada media, Rajesh berkata, satu sidang media akan diadakan pada pukul 10.15 pagi di luar ibu pejabat SPRM pada Rabu.

Pada bulan lalu, SPRM bertindak menyita Menara Ilham milik keluarga itu sebagai sebahagian daripada proses siasatannya.

BACA LAGI: Didakwa bolot kekayaan luar biasa sampai kena siasat SPRM, Tun Daim akhirnya buka mulut

2461936

SPRM menyita Menara Ilham, iaitu sebuah bangunan 60 tingkat di tengah ibu kota Kuala Lumpur yang dimiliki keluarga Daim pada bulan lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] SPRM tampil jawab dakwaan Daim, maklum sudah beri 5 kali lanjutan isytihar harta

SPRM sebelum ini berkata, siasatan dijalankan terhadap bekas Menteri Kewangan itu dibuat berdasarkan undang-undang dan maklumat sedia ada daripada pendedahan di dalam Kertas Pandora.

“Dalam kes Daim, SPRM membuka kertas siasatan pada Februari 2023 berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora,” kata SPRM dalam satu kenyataan pada 30 Disember lalu.

Badan pencegah rasuah itu menjelaskan, sebagai sebahagian daripada siasatan, satu notis dikeluarkan pada 7 Jun, di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan sudah dihantar kepada Daim.

Berikutan tindakan penyitaan menara itu, Daim dalam satu kenyataan siasatan yang SPRM ke atasnya dan keluarganya, dengan mendakwa bahawa ia adalah satu serangan politik terhadap dirinya. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram