Ceroboh kediaman MB Selangor: Kertas siasatan dirujuk kepada pendakwaan


  • 112
  • Isnin, 08 Jan 2024

Tangkap layar tiga lelaki termasuk seorang wartawan tempatan yang didakwa menceroboh masuk kediaman Amirudin Shari di Shah Alam pada Jumaat.

KERTAS siasatan berhubung kejadian tiga pengamal media tempatan menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor, diserah kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan siasatan kes tersebut pada Ahad walaupun diberi tempoh reman yang singkat.

"Mereka diberikan jaminan polis dan siasatan telah selesai dalam tempoh reman diberi itu. Esok (Isnin) kita akan rujuk kertas siasatan kepada TPR Selangor,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, media melaporkan ketiga-tiga suspek berusia 31 hingga 35 tahun itu direman dua hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, untuk disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 29 saat memaparkan tiga individu yang dipercayai menceroboh kediaman rasmi MB Selangor di Seksyen 7. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram