Gempa bumi di Jepun, tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini — Wisma Putra


  • Primer
  • Isnin, 01 Jan 2024

Keadaan ketika berlakunya gempa bumi sekali gus mendapat amaran tsunami di Jepun pada Isnin.

SETAKAT laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi di Jepun pada Isnin, kata Kementerian Luar (Wisma Putra), Putrajaya.

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Jepun sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi yang melanda kawasan tengah dan barat Jepun.

"Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi serta kepada rakyat dan Kerajaan Jepun,” menurutnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

msg1050426791-21528

Keadaan barangan yang musnah ketika gempa bumi di Jepun pada Isnin.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian +81-3-3476-3840 atau +8180-3913-3840 (kecemasan) dan e-mel mwtokyo@kln.gov.my atau consular.tyo@kln.gov.my.

Baca Lagi: Penduduk cemas, menyorok selamatkan diri ketika gempa bumi 7.4 magnitud melanda Jepun

Sebelum ini, gempa bumi dengan magnitud 7.6 dilaporkan berlaku sekali gus mencetuskan amaran tsunami di sepanjang kawasan pantai barat Jepun dengan gelombang kecil sampai ke pantainya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram