Layak atas tiket tuan rumah, media Australia cadang Malaysia anjur Piala Dunia 2034 berbanding Indonesia


  • Podium
  • Jumaat, 06 Okt 2023

Penyokong Malaysia mungkin berpeluang menyaksikan perlawanan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2034.

SELEPAS lima bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia sebelum ini gagal, Maghribi akhirnya diberi penghormatan menganjurkannya bersama-sama Sepanyol dan Portugal pada 2030.

Pengumuman gembira itu sudah pasti menaikkan semangat negara Afrika Utara yang dilanda gempa bumi yang mengorbankan hampir 3,000 orang pada September lalu.

Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) yang membuat pengumuman mengejut setahun lebih awal berbanding dirancang, berkata, Maghribi, Portugal dan Sepanyol akan menganjurkan kejohanan pada 2030, sambil menambah Uruguay, Argentina dan Paraguay turut akan menjadi tuan rumah satu perlawanan bagi meraikan ulang tahun ke-100 kejohanan berprestij itu.

Maghribi

Skuad kebangsaan Maghribi. Agensi

Malah, Malaysia mungkin menerima kejutan yang sama dengan Maghribi apabila media Australia mencadangkan agar negara itu menganjurkan Piala Dunia bersama dengan Singapura dan New Zealand selepas menolak Indonesia atas dasar keamanan perlawanan.

Menerusi perkongisan Football Agent - Malaysia dalam Facebook menyatakan FIFA telah mempelawa mana-mana negara AFC dan OFC membida hak tuan rumah kejohanan Piala Dunia 2034.

"Sebuah akhbar di Australia mencadangkan negara itu bekerjasama dengan New Zealand serta Indonesia bagi merealisasikan impian untuk menganjurkan kejohanan terbesar dunia tersebut.

"Namun, selepas insiden kontroversi di Indonesia yang melibatkan kematian mencecah lebih 100 orang dan campur tangan politik yang menyebabkan negara Garuda itu dibatalkan hak penganjuran Piala Dunia B20 di saat-saat akhir.

"Maka, penulis berkenaan berpendapat bahawa Malaysia dan Singapura layak untuk berganding bahu dengan dua negara itu kerana faktor-faktor yang tidak dimiliki oleh Indonesia iaitu keamanan.

"Malah, turut menyenaraikan Malaysia memiliki beberapa stadium yang melepasi syarat utama FIFA melibatkan 40,000 tempat duduk iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Shah Alam (baharu), Stadium Sultan Zainal Abidin, Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Sarawak, Stadium Tuanku Abdul Rahman dan Stadium Perak," katanya.

Media AUS

Media Australia mencadangkan Malaysia dan Singapura untuk menganjurkan Piala Dunia 2034 bersama negara itu. Facebook/Football Agent - Malaysia

Walaupun baru mencecah ranking ke-134 dunia tidak mustahil skuad kebangsaan boleh memberi saingan lebih hebat di masa akan datang.

Jika benar Australia mahu berkerjasama dengan Malaysia untuk menganjurkan Piala Dunia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu melakukan perancangan rapi bermula sekarang.

Sebelum ini, Arab Saudi menghantar sembilan pemain untuk dipinjamkan ke kelab Sepanyol bagi meningkatkan tahap mereka sebelum Piala Dunia 2018. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram