KEKANGAN masa merupakan antara faktor utama yang menyekat minat seseorang untuk meneruskan pengajian selepas menceburi bidang pekerjaan.
Jadi, dalam membantu mereka menggapai segulung ijazah, Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) tampil menyediakan program pengajian bersifat lebih fleksibel.
Selain menawarkan jadual lebih anjal, mahasiswa bekerja turut diberikan peluang menyertai kursus secara dalam talian demi keselesaan masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cosmopoint, Najmie Noordin berkata, kaedah pembelajaran tersebut sesuai dengan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan pendekatan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Najmie menegaskan KLMUC menawarkan antara yuran pengajian terendah dalam negara.
"Antara program yang ditawarkan di KLMUC ialah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan serta Sarjana dalam Pentadbiran Pengajian (MBA).
"Ia mampu menjadi nilai tambah dari segi akademik untuk golongan bekerja sama ada dalam sektor awam mahupun swasta," katanya.
Tambah Najmie, KLMUC turut memberikan peluang lebih luas buat orang ramai menyambung pengajian dalam kedua-dua program tersebut dengan yuran pengajian ditetapkan merupakan antara yang terendah dalam negara.
Dalam masa sama, pelantikan institut pengajian awam itu sebagai Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) juga menyediakan platform lebih luas buat orang ramai.
Ini kerana mahasiswa dengan pengalaman bekerja tanpa kelayakan akademi mencukupi layak menyambung pengajian di KLMUC dalam peringkat ijazah sarjana (APEL-7) dan sarjana muda (APEL-6).
Penyediaan kaedah pembelajaran fleksibel membuka peluang lebih luas kepada orang ramai.
Jelas Najmie yang juga merupakan Naib Canselor KLMUC, laluan alternatif itu diharapkan mampu memberi peluang lebih cerah untuk sesiapa yang berminat meningkatkan pengetahuan masing-masing.
Perkara itu sekali gus memberikan peluang lebih cerah untuk mahasiswa bekerja mengembangkan kerjaya masing-masing di samping menjadi tarikan buat golongan di luar bandar meneruskan pengajian.
Di samping itu, pelantikan KLMUC sebagai APEL juga memberi manfaat buat 300 pelajar dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima ijazah setelah tamat pengajian November lalu.
Orang ramai boleh lawati laman sesawang rasmi KLMUC di www.klmuc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram