Imbuhan tahunan cecah RM800,000, Universiti MILA cari 100 staf fakulti akademik dan pentadbiran 2024


  • Bizz
  • Isnin, 25 Dis 2023

Universirti MILA sedang merancang untuk mengambil lebih daripada 100 kakitangan fakulti akademik dan pentadbiran pada 2024.

SETIAP institusi pendidikan sama ada di tanah air mahupun luar negara memerlukan pendidik dan kakitangan yang tepat bagi membantu organisasi berkembang pesat dalam landskap perniagaan.

Oleh itu, tidak hairanlah jika Universiti MILA ataupun yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Antarabangsa Manipal (MIU) sedang merancang untuk mengambil lebih daripada 100 kakitangan fakulti akademik dan pentadbiran pada 2024.

Universiti berlokasi di Nilai, Negeri Sembilan itu menyifatkan bahawa kejayaan kepada organisasi bergantung kepada kaliber individu yang dilantik dan mempunyai pembangunan pelan pengambilan staff yang komprehensif.

Pengurus Kanan Sumber Manusia Universiti MILA, Mike Liu Tao berkata, calon diwajibkan untuk memiliki ijazah tertinggi dalam jawatan yang dipohon dan kelayakan juga mestilah diperakukan sah.

9L2A9926

Suasana pembelajaran di Universiti MILA.

“Universiti MILA berhasrat untuk mengukuhkan jenama ini sebagai sebuah institusi terkemuka di rantau Asean, berdedikasi untuk pembangunan kampus terbilang yang mempunyai infrastruktur terkini, falsafah pendidikan yang inovatif.

“Menjadi sebuah fakulti perguruan yang berkelayakan tinggi, dan sistem pengeluaran pelajar berkualiti tinggi dengan kapasiti untuk menerima dan menampung sejumlah besar permintaan baharu pada masa hadapan.

“Matlamat akhir adalah untuk mencapai kedudukan terunggul di kalangan universiti swasta di Malaysia, dengan kekuatan menyeluruh di antara universiti peringkat teratas di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Berdasarkan rancangan pembangunan tiga hingga lima tahun Universiti MILA, institusi itu berhasrat untuk mengukuhkan jenamanya sebagai sebuah universiti antarabangsa yang terkemuka di Malaysia dengan kumpulan pekerja terbaik berganding bahu untuk melahirkan graduan berpotensi tinggi dalam memenuhi permintaan pelbagai industri.

DJI_0191

Universiti MILA terletak di antara bukit-bukit menghijau dan diapit tasik seluas 13 ekar yang indah di Nilai.

Rancangan pembangunan yang digariskan oleh universiti swasta berkenaan adalah satu komitmen untuk membina masa depan dengan jenama MILA dapat berkembang maju dan didorong oleh pasukan berdinamik serta berdedikasi.

Bersama dengan bakat-bakat terbaik dan memupuk semangat tinggi inovasi akan menjamin kedudukan Universiti MILA sebagai peneraju dalam industri pendidikan, bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, antara kekosongan yang ditawarkan oleh Universiti MILA ialah sebanyak 49 jawatan professional dan teknikal kanan (seperti Profesor Ulung, Profesor dan Profesor Madya).

Selain itu, universiti berkenaan juga menawarkan 54 jawatan profesional dan pentadbiran rendah seperti Pensyarah Kanan, Pensyarah, Timbalan Pengurus, Eksekutif Kanan & Eksekutif, yang mana terbuka untuk pengambilan tempatan dan antarabangsa.

Selain bakal menerima imbuhan tahunan yang ditawarkan boleh mencecah sehingga RM800,000, bakal pendidik dan kakitangan Universiti MILA juga tidak akan kecewa menyambung karier di institusi itu kerana kawasannya yang terletak di antara bukit-bukit menghijau dan diapit tasik seluas 13 ekar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram