[VIDEO] Lamborghini terbabas, nahas 6 kenderaan dalam hujan lebat di PLUS Alor Pongsu


  • Tular
  • Isnin, 11 Dis 2023

Tangkap layar video memaparkan kemalangan yang melibatkan enam buah kenderaan di Lebuh Raya PLUS berhampiran Alor Pongsu, Kerian, Perak pada Sabtu.

SATU kemalangan melibatkan enam buah kenderaan berlaku selepas sebuah kereta jenis Lamborghini terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Alor Pongsu, Kerian, Perak dari arah Selatan ke Utara pada Sabtu.

Menerusi video yang mula tular di media sosial sejak petang Isnin, keadaan kesemua kenderaan terbabit dalam kemalangan dilihat mengalami kerosakan teruk.

Beberapa mangsa juga dilihat berada di lokasi namun keadaan sebenar masih tidak dapat dipastikan lagi.

Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram