[VIDEO] Kes langgar lari di Pavilion Bukit Jalil, rakan minta saksi bantu kesan suspek


  • Tular
  • Isnin, 18 Dis 2023

Tangkap layar kejadian seorang lelaki cedera parah selepas dilanggar lari di Pavilion Bukit Jalil pada Isnin.

SEORANG penunggang motosikal cedera parah selepas dipercayai dilanggar lari dalam kejadian di Pavilion Bukit Jalil, Selangor, pada Isnin.

Dalam rakaman yang dimuat naik menerusi media sosial, seorang lelaki dilihat menahan kesakitan dalam keadaan terbaring di tengah-tengah jalan.

Turut dilihat, beberapa penunggang motosikal yang melalui kawasan berkenaan berhenti bagi membantu mangsa.

Menurut Wan Wakaka, kejadian mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian tubuh badan.

Rakaman turut menunjukkan, ambulans datang bagi membantu mangsa yang berada dalam keadaan kesakitan.

Wan meminta orang awam yang memiliki rakaman kamera papan pemuka atau saksi kejadian untuk tampil membantu kes itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet panik melihat pendarahan yang banyak keluar daripada bahagian tubuh mangsa.

"Macam teruk sahaja, kesiannya," tulis Khairol Azizy.

"Tolong, kalau ada saksi untuk tampil, itu kawan aku," tulis Kerol Azhar.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram