[VIDEO] Tujuh rumah dikosongkan akibat tanah runtuh di Puchong


  • 112
  • Ahad, 17 Dis 2023

Beberapa deretan rumah yang terjejas akibat tanah runtuh di Puchong, Selangor pada Sabtu. — JBPM Selangor

TUJUH rumah teres di Jalan Wawasan di Puchong, Selangor terpaksa dikosongkan selepas berlaku tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah berkenaan pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan pukul 7.26 malam Sabtu melibatkan kawasan seluas 50 meter.

"Tanah runtuh berkenaan menyebabkan kerosakan sebuah kereta jenis Honda yang diletakkan di hadapan rumah, bagaimanapun tiada mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Wan Md Razali berkata, sebagai langkah keselamatan, JBPM Selangor telah mengarahkan penghuni tujuh rumah yang berhampiran kawasan tanah runtuh itu mengosongkan segera kediaman mereka kerana pergerakan tanah masih berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram