[VIDEO] Lelaki didakwa terlibat kes cabul, ragut kena tangkap dengan orang awam di Alor Pongsu


  • Tular
  • Sabtu, 16 Dis 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki yang terduduk di tepi jalan sambil dikerumuni orang ramai di Pekan Alor Pongsu, Perak pada Sabtu.

ORANG awam berjaya menangkap seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes jenayah di Pekan Alor Pongsu, Perak pada Sabtu.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Bagan Sarai Kampung Halamanku, seorang lelaki dilihat berada dalam keadaan duduk sambil diawasi oleh orang ramai di sekelilingnya ketika itu.

Dalam video berdurasi kurang satu minit itu juga, kedengaran perakam mendakwa berlakunya kes ragut yang melibatkan lelaki berkenaan.

Namun, berdasarkan maklumat awal yang dikongsikan oleh orang awam, terdapat dua kejadian yang berkemungkinan berlaku pada waktu itu.

Salah seorangnya mendakwa, kejadian membabitkan kes cabul yang mana lelaki tersebut telah meraba tiga orang perempuan.

Manakala ada juga yang mendakwa bahawa lelaki berkenaan mencuri dompet di lokasi sama.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram