[VIDEO] Larikan berpuluh helmet dan sport rim mewah, 2 penjenayah berjambang pakai hoodie sempat 'acu try test' di KB


  • Tular
  • Selasa, 12 Dis 2023

Tangkap layar kejadian dua suspek memecah masuk sebuah kedai barangan motosikal di Kampung Tapang, Kota Bharu baru-baru ini.

DUA lelaki disyaki memecah masuk sebuah kedai menjual peralatan motosikal dalam kejadian di Kampung Tapang, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup yang tular sejak Isnin menunjukkan dua suspek memakai hoodie bertindak masuk ke kedai terbabit dan menggeledah ruangan dalam kedai berkenaan.

Turut dilihat, salah seorang lelaki tersebut cuba memakai helmet yang ingin diambil untuk meneliti kesesuaian barang itu.

Kedai berkenaan, Niterider Garage mendakwa, suspek berjaya membawa lari berpuluh helmet, Sport Rim GTO dan AR80 selain alat ganti helmet yang lain sebelum meninggalkan tempat berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap pelaku dapat segera dicekup.

"Allahuakbar, semoga dipermudahkan urusan sahabat. Cari sampai jumpa budak lelaki yang berjambang panjang itu," tulis Zul Fakhri.

"Tak lama mesti dapat jumpa pelaku. Pencuri pulak benak, mudah-mudahan urusan pihak polis dipermudahkan, dapat jejak cap jari pelaku itu," tulis Muhd Eiman Hakim.

"Cuba tengok CCTV sebelum-sebelum ini. Mana tahu geng-geng ini pernah masuk kedai beli topi sebelum ini," tulis Jie Hafizi Ismail.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram