[VIDEO] Lelaki OKU dirakam ambil basikal di Langkawi, pemilik minta pulangkan


  • Tular
  • Ahad, 10 Dis 2023

Tangkap layar kejadian seorang lelaki OKU mencuri sebuah basikal di sebuah rumah yang terletak di Taman Sentosa, Langkawi pada Ahad.

SEORANG lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) disyaki mencuri basikal di Taman Sentosa, Langkawi, Kedah pada pukul 11.35 pagi Ahad.

Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup menunjukkan seorang lelaki mengenakan kopiah berjalan kaki memasuki sebuah rumah yang terletak di Taman Sentosa.

Turut dilihat, aksi dia cuba membuka pagar rumah itu dengan santai lalu merembat sebuah basikal yang diletakkan di perkarangan rumah terbabit.

Pemilik basikal itu yang merupakan seorang guru, Syed Muhammad Fazli Aledroos memaklumkan perkara berkenaan menerusi media sosial dengan berharap dapat segera menemui pelaku meskipun belum membuat sebarang laporan polis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga tempatan mengenali sosok pelaku itu yang didakwa sering mengemis di sekitar kawasan Langkawi.

"Orang tak berapa siuman macam itulah, dia rasa tak salahlah itu," tulis Nadiah Ahmad Fuzi.

"Aduhai cikgu. Relaks sahaja dia masuk dan keluar itu macam bukan mencuri," tulis Rubi Osman.

"Lelaki ini OKU selalu naik basikal minta sedekah di Ahmed," tulis Nadiah Ahmad Fuzi.

"Tadi baru selisih dengan dia berhampiran Kementerian Dalam Negeri (KDN) tengah kayuh basikal ini balik dari Kuah," tulis Ummira Syahirah.

"Patutlah nampak cantik sangat basikal dia kayuh tadi. Dah agak mesti dia ambik basikal orang. Dia orang bisu," tulis Syaza Qurratu Aini.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram