[VIDEO] Bomba guna peralatan khas keluarkan mayat tersepit dalam kemalangan di Gerik


  • 112
  • Jumaat, 08 Dis 2023

Kedua-dua mangsa berusia 30-an tersepit dalam kereta jenis Proton Wira dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. — Orang Awam

DUA lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik, Perak pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 5.17 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 30-an tersepit dalam kereta jenis Proton Wira dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Anggota bomba yang ditugaskan ke tempat kejadian telah bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat (pemotong hidraulik/spreader),” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sabarodzi berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk tindakan lanjut, manakala pemandu serta kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, operasi tamat pada pukul 7.39 malam. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram