AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil berkata, Umno terus menerima penolakan orang Melayu kerana parti yang seharusnya memperjuangkan Melayu dan Islam, sudah tersasar dan rela menjadi ‘barua DAP'.
Beliau mendakwa, ada segelintir pemimpin parti bertindak ‘lebih DAP daripada DAP’, dengan mempromosikan parti cauvinis itu secara berlebihan sehingga timbul kurang senang dalam kalangan akar umbi.
Tambahnya, Umno harus kembali kepada penyatuan parti-parti Melayu jika mahu mendapatkan semula kepercayaan orang Melayu yang kini sudah beralih kepada Perikatan Nasional.
“Kepada anasir-anasir yang dah jadi tali barut parti lain, nak jadi ‘barua’ memecahkan orang Melayu, itu yang kita kena tentang habis-habisan.
“Kita kena sedar dalam Umno dan perbaiki diri kita supaya kita kembali relevan dan dapat sokongan orang Melayu dan usahakan orang Melayu di negara ini bersatu kembali,” katanya.
Beliau mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada Sabtu lalu, menyaksikan PAS menerusi calonnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kerusi parlimen itu dengan majoriti 37,220 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral Bersara, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram