PANTANG maut sebelum ajal, itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan detik cemas seorang pemandu sebuah bas selepas terbabas ke dalam parit yang dipenuhi air akibat banjir kilat di Jalan Bakut dekat Tuaran, Sabah pada Selasa.
Kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang dipercayai berlaku selepas berlakunya banjir susulan hujan lebat di kawasan itu pada petang Selasa.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.59 petang.
"Beberapa anggota dikerahkan ke tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan di sekitar bas tersebut.
"Pemandu berjaya keluar dari bas dan menyelamatkan diri.
"Pasukan bomba seterusnya memantau kawasan banjir dan mendapati keadaan masih terkawal," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah jurucakap itu lagi, operasi sudah ditamatkan pada 6.30 petang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram