
PERJALANAN pengguna jalan raya terganggu apabila sebuah treler membawa muatan batu-batu terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Pahang menghala ke Gombak pada Jumaat.
Melalui video yang dikongsikan di Instagram @wawabescoot, kelihatan batu-bata yang terkeluar daripada treler tersebut bertaburan di sepanjang jalan di lokasi kejadian.
Dalam video itu, beberapa kenderaan yang melalui lorong tersebut juga dilihat terpaksa menghentikan perjalanan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Sementara itu, pihak Lebuhraya Pantai Timur dalam satu hantaran di Facebook menyatakan bahawa kerja-kerja pengalihan dan pembersihan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Bagaimanapun, keadaan pemandu lori itu masih tidak dapat dipastikan dan tiada sebarang kematian dilaporkan setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram