Suria FM kekal jadi pilihan hati pendengar


  • Hiburan
  • Jumaat, 01 Dis 2023

Suria FM kekal mencatat jumlah masa mendengar tertinggi dalam kalangan stesen radio berbahasa Melayu iaitu selama 6 jam 37 minit, sekali gus berjaya menarik sebanyak 3.2 juta jumlah pendengar mingguan.

KOMITMEN barisan penyampai radio Suria FM membuahkan hasil apabila Suria FM kekal mencatat jumlah masa mendengar tertinggi dalam kalangan stesen radio berbahasa Melayu iaitu selama 6 jam 37 minit, sekali gus berjaya menarik sebanyak 3.2 juta pendengar mingguan.

Angka tersebut diperoleh berdasarkan kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2023 yang dijalankan baru-baru ini.

Menerusi pekhabaran gembira itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin meluahkan rasa syukur kerana Suria berjaya mengekalkan jumlah masa mendengar tertinggi dalam kalangan empat stesen radio komersial berbahasa Melayu yang lain.

“Suria FM baru sahaja menyambut ulang tahun ke-16 pada Jumaat lalu dan keputusan bagi Wave 2, 2023 kali ini merupakan hadiah bermakna buat seluruh warga Suria FM," katanya.

Suria FM_Suria Suport Lokal

Anda boleh mengiklankan produk anda menerusi kempen Suria Support Lokal.

Mengulas lanjut, Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin mengekalkan kedudukan paling tinggi dengn mencatat jumlah masa mendengar mingguan paling atas di antara stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 3 jam 5 minit.

Siaran itu berlangsung sepanjang hari Ahad hingga Jumaat dari pukul 8.00 malam hingga pukul 1.00 pagi.

Lebih menarik, catatan jumlah masa mendengar mingguan tertinggi turut diperoleh Suria FM menerusi segmen Gaya Suria, Muzik Top Suria dan segmen Suria Petang.

Menurut laporan, segmen Gaya Suria memperoleh jumlah masa mendengar setinggi 2 jam 4 minit, Muzik Top Suria pula peroleh jumlah sebanyak sejam 46 minit dan segmen Suria Petang memperoleh jumlah setinggi 2 jam 22 minit.

Manakala segmen seperti Morning Morning Suria gabungan Ajak, Shuib dan Suraya sepanjang Isnin hingga Jumaat merekodkan jumlah masa mendengar kedua tertinggi iaitu sebanyak 2 jam 22 minit.

Dalam pada itu, DJ Lin berkata, Suria FM juga berjaya membuktikan kedudukannya sebagai salah satu saluran digital kreatif pilihan ramai rakyat Malaysia.

"Platform digital Suria iaitu media sosial Suria Malaysia dan YouTube Suria TV berjaya meraih hampir tiga juta pengikut.

"Terima kasih kepada semua pendengar yang masih menyokong dan memilih Suria sebagai radio pilihan di hati mereka dan menjadikan kami kekal relevan di industri radio sehingga kini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram