Bukan tertimbus, 4 pekerja Bangladesh nahas runtuhan Bayan Lepas sebenarnya lari sebab tiada dokumen


  • 112
  • Rabu, 29 Nov 2023

Gudang dalam pembinaan di Bayan Lepas, Pulau Pinang yang runtuh pada Selasa. — Bernama

SERAMAI empat pekerja binaan warga Bangladesh selamat selepas dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan gudang dalam pembinaan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Selasa, lapor Buletin TV3.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, mereka telah dikesan di sekitar kawasan ini kira-kira pukul 4 petang.

“Kita telah jalankan operasi carilamat sejak kejadian pada pukul 9.45 malam Selasa sehingga pukul 6.30 petang untuk mencari empat mangsa dipercayai tertimbus.

“Bagaimanapun, kita tidak menjumpai mangsa terbabit di lokasi. Kita telah menggunakan lima elemen iaitu siasatan tempat kejadian (CSI), Unit Anjing Pengesan (K9), telah korek keseluruhan runtuhan, penggunaan drone dengan bantuan Unit STORM.

photo1701257915

Kren digunakan bagi mengangkat struktur binaan untuk memudahkan akses mencari mangsa yang terperangkap. — Bernama

“Kesimpulan akhir kita adalah, empat mangsa yang kita jangka berada di bawah timbunan yang diberitahu majikan, sebenarnya melarikan diri selepas kejadian.

“Susulan itu, polis telah melakukan pencarian dan telah mengesan kesemua empat mangsa, masih hidup dan selamat, cuma melarikan diri kerana ketakutan dipercayai kerana tiada dokumen (perjalanan atau kerja),” katanya pada sidang media di lokasi kejadian pada Rabu.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat berpuas hati bahawa tiada lagi mangsa dalam kejadian berkenaan dan operasi ditutup secara rasmi pada pukul 6.30 petang.

Tambahnya, empat pekerja binaan yang melarikan diri kini ditahan untuk siasatan lanjut manakala, jumlah mangsa kekal lima orang iaitu tiga maut dan dua cedera parah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram