SELEPAS sehari permohonan maaf dibuat pemilik gedung tekstil dikenali sebagai 'Makcik Kemboja' berkenaan isu menghina Melayu, tular pula rakaman seorang lelaki yang meluahkan rasa marah dan menyeru netizen untuk bersemuka dengannya.
Menerusi rakaman yang dibuat di media sosial, lelaki terbabit melabel dirinya sebagai anak Makcik Kemboja untuk mengajak warganet yang tidak berpuas hati bagi menemuinya secara langsung di kilang tekstil
"Anak Makcik Kemboja kat sini. Aku cabar kau daripada menyalak macam anjing kat TikTok. Aku cabar kau berdepan (bersemuka) dengan aku dekat kilang ini.
"Yang kau hina tu mak aku tau. Sia*. Kalau setakat menyalak macam anjing, ‘Gong! Gong! Gong! Gong!‘ Haa ni anak Makcik Kemboja kat sini. Aku tak takut dah dekat kau. Aku tak pernah takut dengan kau!," katanya menerusi rakaman terbabit.
Bagaimanapun, tarikh sebenar video terbabit tidak dapat dipastikan.
Terdahulu, Makcik Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah dikecam selepas mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
Mariyah memohon maaf isu menghina Melayu malas.
Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kemudian, Mariyah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di negeri Johor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram