'Mr H' tidak hadir beri keterangan kerana kurang sihat — KPN


  • 112
  • Khamis, 23 Nov 2023

Razarudin berkata, sepatutnya keterangan Mr H dilakukan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya pada Rabu.

PROSES mengambil keterangan Mr H berkaitan penularan rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Rabu, ditangguh susulan individu itu tidak sihat.

Proses merekod keterangan itu sepatutnya dilakukan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya pada Rabu dan perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

"Dia tak hadir sebab kurang sihat. Tarikh baharu (rekod keterangan) akan dimaklumkan kemudian," katanya ringkas kepada Bernama.

Terdahulu, Razarudin dilapor berkata, tiga individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi, mendakwa video itu disunting dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram