TENAGA Nasional Berhad (TNB) bertindak menutup bekalan elektrik di sekitar Gong Badak dekat Kuala Nerus, Terengganu setelah paras banjir yang semakin meningkat.
Menerusi makluman di laman Facebooknya pada Selasa, TNB memaklumkan penutupan bekalan elektrik di kawasan itu menyebabkan dua lokasi iaitu Taman Desa YT dan Taman LG Utama terputus bekalan elektrik sepenuhnya.
"Langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan penduduk terutama pengguna setempat terjamin,” menurut hantaran itu.
Menurut TNB, sekiranya banjir bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di cawangan terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.
Selain itu TNB juga menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dalam keadaan hujan lebat dan berisiko banjir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram