[VIDEO] Lelaki dipercayai baling batu kena cekup polis di MRT Kajang


Tangkap layar video memaparkan polis dan beberapa orang sedang menangkap seorang lelaki dipercayai membaling batu di MRT Kajang baru-baru ini.

TULAR sebuah video memaparkan aksi seorang polis dan beberapa orang awam menangkap seorang lelaki yang dipercayai membaling batu di stesen Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang, Selangor baru-baru ini.

Menerusi video yang tular sejak Ahad, kelihatan seorang lelaki meraung ketika ditahan.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh orang awam, kejadian dipercayai berlaku berpunca daripada tindakan lelaki berkenaan yang membaling batu ke arah orang awam di lokasi kejadian.

Rakaman itu menunjukkan polis bantuan tersebut juga dilihat menggari tangan lelaki berkenaan ketika kejadian.

Dalam video sama, turut dilihat seorang lelaki berbaju merah dan seorang lagi berbaju hitam membantu polis berkenaan.

Sementara itu, video tular itu juga menimbulkan pelbagai persoalan kepada warganet tentang punca kejadian.

"Kes baling batu kat pelanggan MRT," komen tumulak55.

"Kes naik MRT percuma ke ni?," persoal @user3226142128058.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan