Samsonite Minter beri pengalaman 3D eksklusif di Pavilion Elite, CuBig KLCC Junction


  • Bizz
  • Ahad, 19 Nov 2023

Koleksi Samsonite Minter memberi pengalaman istimewa kepada pengguna dalam paparan 3D di Pavilion Elite dan CuBig, KLCC Junction. — Agensi

APABILA bercakap mengenai percutian dan pengembaraan, kita semestinya memerlukan beg yang praktikal untuk mudah meletakkan semua barang keperluan, namun pada masa sama kekal dengan gaya tersendiri.

Justeru, jenama beg terkenal Samsonite ada jawapan untuk seorang pelancong ataupun pengembara mendapatkan manfaat dari segi praktikal dan gaya.

Samsonite kali ini hadir dengan koleksi terbaharu iaitu Samsonite Minter dan lebih mengujakan apabila mereka menjemput semua pengguna untuk merasai sendiri pengalaman secara 3D di Pavilion Elite dan CuBig KLCC Junction, Kuala Lumpur dari 1 hingga 30 November 2023.

Pameran koleksi Samsonite Minter dalam bentuk 3D itu pastinya memberi satu pengalaman imersif yang membawa pengguna seakan-akan ke dunia pengembaraan sebenar dan pastinya membawa keterujaan kepada mereka.

Papan iklan 3D di dua pusat beli-belah terkenal tanah air itu mempamerkan keluaran baharu bagasi Samsonite dengan menumpukan pada pencirian lengkap seperti segak, selamat dan mampan, yang mana khusus untuk si kaki pengembara.

Bagasi baharu dari Samsonite itu menampilkan tiga pilihan warna menarik iaitu ivory, red, dan navy serta reka bentuk alur vertikal yang segak serta kemasan aluminium melengkung. Untuk pembeli di Malaysia, anda mempunyai pilihan warna varian merah, hitam dan biru gelap.

Dengan sistem suspensi penyerap hentakan dan mekanisme galas bebola dalaman, Sistem Roda Suspensi Aero-TracTMII menyediakan pergerakan lebih efisien serta mengurangkan penghasilan bunyi serta getaran untuk pengalaman perjalanan yang mudah dan lancar.

Selain kemudahan cangkuk gantung di bahagian depannya, sistem keselamatannya dipertingkatkan dengan kunci gabungan TSA008 dan zip berganda antikecurian bagi memastikan fikiran anda tenang daripada memikir hal sebegitu rupa.

WhatsApp Image 2023-11-19 at 21.25.16

Warna navy antara pilihan untuk pengembara di Malaysia. — Instagram/Samsonite

Pengembara boleh mengurangkan kesan karbon mereka dengan memanfaatkan bahagian luar yang elegan dan lapisan jacquard premium di seluruh bahagian dalam, diperbuat daripada botol PET kitar semula 100 peratus menggunakan bahan teknologi RECYCLEXTM.

Bukan itu sahaja, badan yang boleh dipanjangkan dan pembahagi mudah ditanggalkan melengkapkan ciri-ciri koleksi bagasi baharu dari Samsonite itu.

Pengurus Besar Samsonite Malaysia, Ambert Khoo berkata, beliau percaya bahawa dengan papan iklan 3D itu akan membantu memberi pengalaman sebenar kepada bakal pengembara.

"Keanggunan dan fungsi koleksi Minter adalah sesuatu yang kami cukup teruja untuk kongsikan dengan semua orang. Walaupun ia tidak sama dengan melihat dan menelitinya sendiri, kami percaya papan iklan 3D ini benar-benar menunjukkan keseronokan mengembara serta mempamerkan reka bentuk dan penelitian terhadap perincian yang diberikan terhadap rangkaian ini.

"Kami berharap rakyat Malaysia menikmati papan iklan itu sama seperti kami menikmati menciptanya dan kami berharap untuk melihat anda memilih Minter untuk pengembaraan anda yang seterusnya," katanya dalam kenyataan.

Koleksi Samsonite Minter menawarkan pelbagai saiz untuk memenuhi keperluan dan pilihan perjalanan yang berbeza. Tiga saiz tersedia untuk koleksi: 55, 69, dan 75 sm, dengan harga masing-masing RM1,659, RM1,829 dan RM1,999. Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi ini, sila layari www.samsonite.com.myMajoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram