Pembunuh vokalis Spoon bukan banduan pertama terlepas hukuman mati


  • Massa
  • Jumaat, 17 Nov 2023

Penyanyi terkenal era 90-an, Sabi’ul Malik Shafie atau lebih dikenali sebagai Along Spoon (kiri) dan tertuduh, Mohamed Ya’cob Demyati. — Facebook

AKTA Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang berkuat kuasa pada 4 Julai lepas menyaksikan hukuman mati mandatori bagi kesalahan seperti mengedar dadah dan membunuh dihapuskan.

Undang-undang itu memberi pilihan kepada hakim sama ada mengenakan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, pesalah boleh juga dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali bagi banduan lelaki berusia di bawah 50 tahun.

Penguatkuasaan undang-undang itu juga menyaksikan pemenjaraan sepanjang hayat terhadap Mohamed Ya’acob Demyati, 57 atas pertuduhan membunuh Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie, digantikan dengan hukuman penjara selama 33 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000.

Penjara selama 33 tahun itu berkuat kuasa dari tarikh tangkapan Mohd Ya'cob pada 4 Januari 2000 yang menunjukkan dia sudah selesai menjalani hukuman dan bebas dari Penjara Kajang.

Pada prosiding itu, Mohamed Ya'cob ialah antara 12 individu terlepas hukuman mati atau penjara sepanjang hayat, selepas Mahkamah Persekutuan memindanya kepada penjara 30 tahun dan ke atas serta sebatan.

Selain Mohamed Ya'cob, berikut beberapa kes lain membabitkan banduan yang terlepas hukuman mati menerusi pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

1. Kumpulan pertama (Kes dadah)

Kajang Prison

11 individu itu masing-masing disabitkan kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine dan ganja seberat antara 93.7 gram dan 50.65 kg.

Tujuh daripada mereka yang merupakan banduan akhir digantikan kepada penjara seumur hidup selama 30 tahun manakala empat lagi yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat digantikan kepada penjara seumur hidup. Mereka memulakan hukuman penjara seumur hidup masing-masing dari tarikh tangkapan masing-masing.

Sekumpulan tujuh banduan akhir yang terlepas hukuman gantung itu ialah Teh Hock Leong, 52, Mohd Salleh Yunos, 52, Wan Mazuki Wan Abdullah, 46, Wan Mohd Azman Hassan @ Wan Ali, 50, Nazarrimi Sahib, 46 serta warga Thailand Ouseng- Same-Ae, 54, dan Mama Sobri Useng, 52, yang sebelum ini disabitkan kesalahan mengedar dadah.

Empat lagi banduan iaitu Zulkipli Arshad, 48, Wan Yuriilhami Wan Yaacob, 60, Ghazalee Kasim, 53, dan Mohamad Junaidi Hussin, 52, pula telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi berasingan atas kesalahan sama.

Kesebelas individu itu masing-masing disabitkan kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine dan ganja seberat antara 93.7 gram dan 50.65 kg.

2. Wan Mohd. Azman Hassan (Disabitkan dengan kes dadah)

banduan

Wan Mohd. Azman Hassan (kanan) bersma bapanya di Kampung Gong Kemuntong, Kelantan selepas dibebaskan. — Kosmo

Wan Mohd. Azman Hassan, 50, merupakan salah seorang daripada kumpulan pertama yang diketepikan hukuman mati mandatori dan penjara sepanjang hayat dihadapi sebelum ini.

Mahkamah Persekutuan memutuskan demikian sewaktu bersidang buat pertama kali selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.

Dia yang berusia 26 tahun ketika ditangkap atas kesalahan dadah menghabiskan masa selama 24 tahun di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

3. Mohamed Ya’cob Demyati (Pembunuh vokalis kumpulan Spoon, Along)

Penyanyi terkenal era 90-an, Sabi’ul Malik Shafie atau lebih dikenali sebagai Along Spoon (kiri) dan tertuduh, Mohamed Ya’cob Demyati. — Facebook

Penyanyi terkenal era 90-an, Sabi’ul Malik Shafie atau lebih dikenali sebagai Along Spoon (kiri) dan tertuduh, Mohamed Ya’cob Demyati. — Facebook

Terbaharu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Khamis meminda hukuman daripada penjara sepanjang hayat kepada pemenjaraan selama 33 tahun, ke atas seorang bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh penyanyi terkenal era 90-an, Sabi'ul Malik Shafie atau lebih dikenali sebagai Along Spoon.

Mohamed Ya’cob Demyati, 57, sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Panel lima hakim menggantikan pemenjaraan sepanjang hayat terhadap Mohamed Ya’acob, 57 atas pertuduhan membunuh Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie dan menggantikannya dengan hukuman penjara selama 33 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Ya’acob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dituduh membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada pukul 1 pagi, 26 Disember 1999.

Sebelum ini, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999. Polis kemudian menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, Selangor pada 6 Januari 2000.

Melihat kepada ketiga-tiga kes tersebut, lebih ramai banduan akan menerima hukuman penjara lebih singkat selepas pelaksanaan akta tersebut sekali gus memberikan nafas dan harapan baru kepada banduan akhir serta banduan yang dijatuhkan hukuman seumur hidup.

Malah, malah bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar, yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 2006 juga dilihat boleh memohon untuk meringankan hukuman dia pada tahun ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram