SEORANG remaja maut dipercayai selepas terlibat kemalangan di Jalan Rompin Lama, Pekan, Pahang pada pukul 9.25 pagi Selasa.
Menerusi satu rakaman berdurasi 52 saat, sebuah kereta jenis Perodua Kenari disyaki terlanggar sebuah motosikal ketika hendak membelok masuk ke persimpangan lorong kanan kawasan berkenaan.
Pelanggaran yang kuat mengakibatkan penunggang motosikal terbabit terpelanting dan jatuh ke tepi jalan.
Seorang saksi kejadian, Jamilah Deraman berkongsikan info kemalangan itu di laman Facebook dengan memberitahu bahawa ibu mangsa berada di lokasi kejadian ketika kemalangan berlaku.
"Allahuakbar nak pergi kerja ternampak jenazah terbaring tepi jalan di Jalan Rompin Lama. Maknya duduk sebelah...sedihnya," katanya.
Sementara itu, menurut seorang pengguna media sosial, Ana Cik Jang, mangsa dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya untuk berangkat ke tempat kerja.
"Maknya cakap tadi, dia nak pergi ambil kawan dia mahu berangkat ke tempat kerja," tulisnya.
Turut dilihat, pelanggaran itu mengakibatkan kedua-dua buah kenderaan terbabit remuk teruk di hadapan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen pilu melihat kejadian terbabit.
"Semoga arwah Saiful Adam dipermudahkan hendaknya ya ALLAH," kata Wan Norzuraida Wan Norzuraida.
"Allahu...innalillahiwainnailaihirojiun. Jalan situ orang laju-laju mahu masuk simpang kadang tidak bagi signal," tulis Solehah Kecik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram