TULAR rakaman seorang pembeli meluahkan rasa kecewa apabila hidangan dibeli mengandungi ulat di festival makanan Thailand di sebuah pasar raya di Bandar Pusat Jengka, Bandar Tun Razak, Pahang.
Isu itu dipercayai terjadi selepas dikongsikan seorang lelaki menggunakan nama Saha Misran di TikTok dengan memuat naik rakaman makanan berupa kerabu yang kelihatan berulat.
Seperti yang dikongsikan dalam rakaman itu, Saha Misran pada awalnya, dia tidak sedar sama sekali terdapat ulat di dalam juadah yang dibeli.
Ini menyebabkan, Saha Misran menjamah makanan itu sehingga pinggannya hampir kosong.
Rakaman kemudian menunjukkan Saha Misran terkejut kerana baru tersedar bahawa terdapat ada ulat bergerak di dalam kerabu yang dibeli.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kecewa dengan sikap peniaga yang tidak mementingkan kebersihan.
"Penjual kerabu sarang itu bukan pembersihlah orangnya," kata zalia211.
"Makanan apa itu, tengok pun geli," kata punithasuppiah721.
"Bukti dah ada, buatlah laporan," kata Nazli Naz. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram