[VIDEO] Dua penunggang cedera akibat kemalangan di Kampung Tikat, pemandu Myvi diminta tampil bantu kes


  • Tular
  • Isnin, 30 Okt 2023

Tangkap layar kejadian langgar lari di Kampung Tikat, Kelantan pada Ahad.

DUA penunggang motosikal mengalami kecederaan selepas dilanggar lari sebuah kereta di Kota Bharu, Kelantan pada Ahad.

Kejadian yang berlaku di Kampung Tikat dekat Jalan PCB kira-kira pukul 6 petang itu dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu Myvi kerana diilhat keluar simpang secara melulu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup yang dikongsikan pengguna Facebook, Are Rul II, pemandu kereta berwarna perak dilihat keluar dari simpang sebelum sebuah motosikal yang dinaiki dua individu tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan tersebut.

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa terjatuh di tengah jalan dan dipercayai mengalami kecederaan teruk.

Rakaman tersebut itu bagaimanapun tidak menunjukkan sama ada pemandu terbabit menghentikan kenderaannya untuk membantu mangsa.

Dalam pada itu, Are Rul II meminta agar suspek tampil memberi kerjasama kerana mangsa yang dilanggar mengalami cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ), Kelantan.

"Tolong tampil dan buat laporan polis kerana dua orang mangsa agak teruk (cedera) di hospital HRPZ.

"Tolong bagi kerjasama kepada sema pihak sebelum ada tindakan selanjutnya," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kecewa dengan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

"Sudah langgar, bukannya mahu bantu," tulis Ara Auni.

"Kesiannya yang kena langgar tu, teruk jatuh itu," kata Aisyah Razi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram