Rafizi selamat jalani prosedur stent jantung


  • Primer
  • Rabu, 25 Okt 2023

Rafizi sebelum itu dilaporkan dirawat di PPUM selepas dilaporkan mengalami serangan jantung.

MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli selamat menjalani pemasangan stent jantung minggu lepas dan kini sedang berehat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh sumber terdekat dengan Rafizi.

"Dia selamat (jalani prosedur stent jantung) dan sekarang berehat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya pada Rabu.

Mendoakan kesihatan Rafizi, Saifuddin Nasution berkata, beliau percaya Rafizi akan kembali sihat dengan rehat yang cukup.

Pada 21 Oktober lepas, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR kini dalam keadaan stabil.

Dr Zaliha turut mengesahkan Rafizi dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) selepas dilaporkan mengalami serangan jantung. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram