Miliki darah keturunan Penang, ini 3 trivia menarik suri hati pilihan Putera Mateen


  • Massa
  • Isnin, 09 Okt 2023

Antara foto memaparkan Putera Mateen (berdiri dua dari kiri) dan Anisha (duduk, dua dari kanan) ketika bergambar dalam satu majlis perkahwinan. — Instagram/danialik

SEBUT sahaja nama Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Hassanal Bolkiah, ia pastinya akan menyebabkan ramai wanita di luar sana menjadi tidak keruan.

Dengan jumlah pengikut seramai dua juta di Instagram, populariti dimiliki anakanda kepada Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal.

Di Malaysia, Putera Mateen turut pernah menjadi perhatian selepas kehadirannya bersama pasukan polo ekuestrian Brunei pada acara Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur berjaya menarik kehadiran peminat yang mahu menyaksikannya dengan lebih dekat.

Disebabkan itu, berita mengenai perkahwinannya yang diumumkan pada Ahad ternyata tidak menunggu masa yang lama untuk menjadi perhatian dan bualan dalam kalangan pengikutnya.

Pada Ahad, siaran berita RTB Brunei melaporkan bahawa Putera Mateen, 32, bakal menamatkan zaman bujang pada Januari tahun depan.

Laporan berkenaan memaklumkan, Putera Mateen akan melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihannya iaitu Dayang Anisha Rosnah Adam.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari diikuti Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.

Acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Untuk rekod, wanita yang menjadi pilihan hati Putera Mateen merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa.

Berikut Majoriti kongsikan tiga trivia menarik mengenai Dayang Anisha atau lebih dikenali sebagai Anisha Isa Kalebic.

1. Mempunyai asal usul keluarga dari Pulau Pinang

Seperti yang diketahui, Anisha merupakan cucu kepada seorang golongan pembesar diraja yang cukup berpengaruh di Brunei iaitu Pehin Datuk Isa yang turut pernah berperanan sebagai penasihat khas Sultan Brunei.

Antara jawatan dalam kerajaan yang turut pernah disandang oleh Datuknya tersebut sebagai Timbalan Peguam Negara pada 1968 dan Timbalan Menteri Besar (Timbalan Menteri Besar) pada 1970.

Dalam pada itu, menurut laman web kerajaan Brunei www.pmo.gov.bn turut menyatakan bahawa Isa merupakan pengasas kepada Syarikat Penerbangan Royal Brunei.

387123643_1075883256910532_2294392352688900409_n

Putera Mateen (kanan) bergambar bersama Anisha. — Facebook/NurulMiqael

Di sebalik penglibatannya yang erat bersama kerajaan Brunei, ramai yang tidak tahu bahawa Isa yang turut mempunyai asal usul keturunan yang berasal daripada Pulau Pinang.

Susur galur itu dapat dikesan melalui datuk di sebelah bapanya iaitu Tengku Mohamed Jaafar bin Tengku Mohammad Saad yang merupakan anak kelahiran negeri yang turut dikenali sebagai Pulau Mutiara itu.

Bagaimanapun, penghijrahan keluarga tersebut ke Brunei difahamkan bermula sekitar awal abad ke-20 dengan bapanya, Awang Ibrahim mula mendapatkan pendidikan memulakan pendidikan formalnya di Labuan sekitar 1914.

Awang Ibrahim yang juga merupakan Menteri Besar atau Perdana Menteri pertama Brunei yang memegang jawatan tersebut dari 29 September 1959 hingga September 1961.

2. Abang jadi rakan karib Putera Mateen

30909629_184812178835482_559634148474486784_n-768x960

Putera Mateen (kanan) dan Daniel. — Instagram/Danialik

Dengan kedudukan tinggi yang dimiliki oleh keluarga Anisha dalam pentadbiran kerajaan, ia tentunya sekali gus mewujudkan hubungan yang erat bersama kerabat diraja Brunei.

Disebabkan itu, adalah tidak pelik apabila dilaporkan bahawa Putera Mateen merupakan sahabat karib kepada abang Anisha iaitu Daniel Isa Kalebic.

Kedua-dua sahabat baik itu difahamkan berkongsi hobi yang sama dan sering kali dilihat bermain bola sepak bersama-sama.

Malah, melalui perkongsian foto di sosial media, pertemuan antara kedua-dua rakan baik itu turut ditemani oleh Anisha dan isteri kepada Daniel iaitu Janetira Attaskulchai.

3. Urus dua perniagaan

Dalam pada itu, Anisha yang berusia 31 tahun itu merupakan graduan daripada sebuah universiti popular di England.

Beliau dilaporkan turut memiliki turut mengusahakan sebuah perniagaan fesyen pakaian yang dikenali sebagai Silk Collective.

Pada masa sama, Anisha yang kini difahamkan lebih banyak tinggal di Bath, England difahamkan memiliki satu lagi perniagaan dibangunkan bersama rakanya baiknya di dalam sektor pelancongan menerusi syarikat dikenali sebagai Authentirary.

4. Milik hobi memasak

Sementara itu, menerusi perkongsian yang dibuat di akaun sosial medianya, Anisha didapati turut memiliki kegemaran untuk memasak.

Ini terbukti apabila dia turut mempunyai satu akaun khas Instagram yang dinamakan, anishakitchen khusus untuk berkongsikan gambar dan video hidangan serta resipi masakan yang disediakannya.

Antara juadah yang dikongsikan itu termasuk kofta kambing, sambal udang dan kek coklat.

Kali terakhir Anisha membuat posting adalah pada 14 Januari tahun lalu yang memaparkannya membuat kek chiffon pandan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram