PESURUHJAYA Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyeru seluruh umat Islam di negara ini mengadakan solat hajat dan bacaan doa Qunut Nazilah sebagai solidariti kepada rakyat Palestin pada Ahad di Kota Bharu, Kelantan.
Menurut beliau, ia susulan pergolakan yang berlaku di Palestin terutama melibatkan serangan balas tentera dari kumpulan pejuang Hamas dan Jihad Islami melalui operasi ketenteraan mengejut ke atas negara haram Israel yang dikenali sebagai 'Taufan Al-Aqsa' pada Jumaat.
"Solat hajat dan bacaan itu boleh dilakukan di masjid-masjid atau premis masing-masing pada masa bersesuaian.
"Saya menyeru agar semua umat Islam bersatu dan bersoladiriti demi kebebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, Palestin yang sentiasa bergolak serta dijajah secara haram sejak berabad yang lalu.
Katanya, ia juga termasuk ekoran pencerobohan berterusan terhadap Masjid Al-Aqsa oleh rejim zionis dengan pelbagai cara.
Ahmad memberitahu, situasi itu akan semakin getir melalui serangan yang diperhebatkan oleh pejuang Palestin ke atas rejim zionis dan pastinya akan ada pertempuran sengit antara kedua-dia pihak.
Terdahulu, Palestin terus bermandi darah dengan keganasan Israel apabila mengorbankan lebih ramai rakyat Palestin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram