[VIDEO] Mayat tepi longkang MRR2, anak sahkan bapa ada sakit mental


  • 112
  • Rabu, 04 Okt 2023

Orang ramai menemui mayat seorang lelaki di tepi longkang menghala susur keluar MRR2, Gombak, Selangor pada Selasa.

ORANG awam digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di tepi longkang menghala susur keluar Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Gombak, Selangor pada Selasa.

Maklumat awal mendapati lelaki tersebut dipercayai seorang pesakit mental.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penemuan tersebut pada pukul 4.31 petang.

"Siasatan awal mendapati si mati merupakan lelaki warga tempatan berusia 63 tahun dan mempunyai masalah mental.

“Proses pengecaman mayat telah dilakukan oleh anak kandung mangsa di lokasi kejadian.

“Anak si mati juga telah mengesahkan ayahnya mempunyai masalah mental.

“Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh badan si mati mendapati tiada sebarang kesan kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas Noor Ariffin, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, kes kematian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Heirme Che Mat di talian 014-2389151 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram