[VIDEO] Penunggang basikal gunung terkejut jumpa raja Britain seorang diri tepi jalan


  • Benua
  • Jumaat, 29 Sep 2023

Tangkap layar video memaparkan kumpulan penunggang basikal gunung terbabit yang sedang berbual bersama Raja Charles III selepas secara tidak senjaga terserempak dengan Raja Britain itu. — Agensi

SEKUMPULAN penunggang basikal gunung di Scotland berdepan pengalaman tidak disangka-sangka selepas terserempak secara kebetulan dengan Raja Britain, Raja Charles III yang sedang mendaki bukit secara berseorangan.

Menerusi video tular insiden tersebut, raja yang berusia 74 tahun itu turut dilihat berhenti seketika untuk berbual selepas berselisih dengan kumpulan itu di Balmoral Estate dekat Aberdeenshire.

Sebelum insiden berkenaan, kumpulan penunggang berkenaan dilaporkan terlebih dahulu bergurau antara satu sama lain bahawa mereka mungkin akan bertemu dengan ahli keluarga diraja di kawasan tersebut.

Ia selepas beberapa mereka sebelum itu terlebih dahulu berselisih dengan beberapa kenderaan jenis Land Rover yang dipercayai merupakan anggota keselamatan diraja.

Malah, salah seorang daripada mereka turut mengakui berseloroh,"Saya bukan peminat keluarga diraja, tetapi adalah sesuatu yang mengujakan untuk berjumpa dengan Charlie (Raja Charles III)."

Keyakinan mereka untuk bertemu dengan ahli keluarga diraja semakin kuat selepas kumpulan itu turut melihat keberadaan pengawal di kawasn berdekatan yang turut dilengkapi dengan senjata api.

Tidak lama kemudian, kemungkinan itu akhirnya menhjadi kenyataan selepas mereka benar-benar bersemuka dengan Raja Charles III yang memakai jaket, topi dan turut membawa 'trekking stick'.

Dalam rakaman tersebut, Raja Charles didengar memaklumkan bahawa baginda kini sedang menikmati cuti musim panas.

Dalam perbualan tersebut, baginda turut menzahirkan kesukaannya keindahan suasana di atas perbukitan berkenaan di samping berkongsikan kegemarannya terhadap aktiviti berjalan.

Video yang tular semula sejak Selasa itu sebenarnya dirakam pada 25 Ogos lalu, iaitu waktu ketika Raja Charles III dan Ratu Camilla dilapor sedang menjalani percutian tahunan mereka di Balmoral. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram