
PEPSI dan Zus Coffee bekerjasama menghasilkan dua minuman menarik dengan rasa unik iaitu Pepsi Sour dan Pepsi Cloud yang boleh didapati mulai 22 September di 290 cawangan di seluruh negara.
Naib Presiden Pembangunan dan Pemasaran Zus Coffee, Stephy Foong berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan jenama multinasional seperti Pepsi.
"Inovasi minuman dan komuniti adalah dua perkara cukup penting bagi Zus Coffee, jadi kolaborasi ini merupakan penghormatan kepada kami untuk membawa rasa yang menarik untuk pelanggan," katanya.
Pepsi dan Zus Coffee turut memperkenalkan elemen interaktif yang menarik perhatian dengan pelanggan boleh mendapatkan produk edisi terhad Zus X Pepsi di mesin layan diri.
Mesin layan diri itu boleh didapati di cawangan terpilih Zus Coffee di Mid Valley, IOI Rio City, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras Leisure Mall, Kota Damansara, Sri Gombak, IOI Conezion dan Seksyen 13, Shah Aham.
Untuk memenangi produk edisi terhad Zus X Pepsi ini, pelanggan boleh mendapatkannya menerusi dua langkah mudah iaitu mereka boleh membeli minuman menggunakan aplikasi Zus Coffee atau di mesin layan diri terpilih.
Jika pelanggan ingin mendapatkannya sebagai hadiah, mereka boleh menggunakan aplikasi Zus Coffee dengan membuat pesanan minuman yang diinginkan.
Pembelian perlulah bernilai RM30 minimum dengan salah satu pesanan minuman itu daripada varian Pepsi Zus Coffee selain perlu membuat pilihan untuk mengambil minuman di kedai (self pickup).
Bagi yang mahu merasai pengalaman menggunakan mesin layan diri di cawangan terpilih, anda perlu beli dua minuman dan memilih varian Pepsi Zus Coffee untuk mendapatkan kod unik.
Imbas kod tersebut di mesin layan untuk mendapatkan produk edisi terhad Zus X Pepsi tersebut dengan melengkapkan cabaran yang perlu diselesaikan.
Kolaborasi Pepsi dan Zus Coffee berlangsung dari 22 September hingga 22 Oktober 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram