[VIDEO] Cemas sebelum tunjuk belang, regu Malaysia bangkit libas Indonesia


  • Podium
  • Isnin, 25 Sep 2023

Selepas ini, Malaysia dijadualkan akan menghadapi Korea Selatan dalam bagi aksi kedua Kumpulan B. — Stadium Astro

SKUAD sepak takraw negara memulakan kempen dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan langkah kanan apabila menumbangkan Indonesia 2-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan B acara regu lelaki di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua pada Isnin.

Namun saingan sengit dari negara jiran itu nyata mencemaskan skuad tanah air apabila terpaksa menyaksikan kekalahan pada set pertama sebelum meraih kemenangan untuk dua set berikutnya.

Pada perlawanan pertama, skuad kendalian Ahmad Jais Baharun itu mempertaruhkan Syahir Rosdi (tekong), Amirul Zazwan Amir (pengumpan) dan Khairol Zaman Hamir Akhbar (perejam) namun akhirnya tewas 15-21, 19-21.

Bagaimanpun, Hairul Hazizi Haidzir (tekong), Aidil Aiman Azwawi (pengumpan) dan Afifuddin Razali (Perejam), yang membarisi regu kedua, mengurangkan tekanan itu apabila menyamakan kedudukan, meskipun dengan kemenangan tipis 20-22, 21-17, 23-21.

Aksi dalam game penentuan jelas menjadi milik Malaysia, di mana gandingan Haziq Hairul Nizam (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Noraizat Nordin (perejam) mudah meraih kemenangan 21-10, 21-12.

Selepas ini, Malaysia dijadualkan akan menghadapi Korea Selatan dalam bagi aksi kedua pada Selasa bagi menentukan juara kumpulan selepas mereka turut meraih kemenangan 2-1 ke atas Indonesia pada Ahad. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram