PRK DUN Jepak pada 4 November depan — SPR


  • Politik
  • Isnin, 25 Sep 2023

PRK DUN Jepak perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya pada 15 September lepas. — Gambar hiasan

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak pada 4 November depan.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 21 Okt dan 31 Oktober.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di Putrajaya bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK DUN itu.

PRK DUN Jepak perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Talib, 72, meninggal dunia pada kira-kira pukul 5.50 petang ekoran komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan ke pusat perubatan pada 14 September lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram