[VIDEO] Berebut tapak jualan punca 'Durian Gengster' bergaduh di Sarikei


  • Tular
  • Jumaat, 22 Sep 2023

Tangkap layar video pergaduhan sekumpulan lelaki yang didakwa bergaduh berebut tapak jualan durian di Sarikei baru-baru ini.

TULAR satu video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh sesama sendiri ekoran daripada berebut tapak jualan durian di Sarikei, Sarawak baru-baru ini.

Melalui video tular yang dimuat naik oleh seorang individu yang hanya dikenali sebagai Alex di aplikasi WhatsApp pada Jumaat memaparkan beberapa orang pada mulanya dilihat bergaduh mulut dan saling jerit menjerit antara satu sama lain.

"Bergaduh berebut tapak jualan durian. Durian gengster," tulisnya.

Keadaan menjadi lebih tegang selepas ada di antara mereka dilihat tumbuk-menumbuk dan saling menendang antara satu sama lain.

Malah, kejadian itu turut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Namun begitu, tiada maklumat lanjut dan tidak diketahui lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mahupun mana-mana individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram