Mahu langsai komitmen, pemenang mingguan Langgan & Menang Majoriti buru hadiah utama


  • Bizz
  • Khamis, 21 Sep 2023

Yusairi Akmal meluahkan rasa terharu dipilih jadi pemenang mingguan Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

TERUJA dengan hadiah mingguan yang dimenangi, seorang peniaga, Mohd Yusairi Akmal Mohd Ibrahim, 38, kini menaruh harapan yang lebih besar untuk memenangi hadiah utama kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Yusairi merupakan salah seorang daripada 11 pemenang minggu keempat kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Dia yang memenangi minyak wangi Paco Rabanne Lady Million Empire EDP 50m meluahkan rasa gembiranya selepas mendapat tahu masih berpeluang untuk mendapat hadiah besar.

WhatsApp Image 2023-09-20 at 10.12.06 AM

Mohd Yusairi Akmal dan isterinya yang menanti terpilih sebagai pemenang utama.

"Alhamdulillah rezeki anak-anak. Setakat ini, saya menang hadiah mingguan, tetapi saya masih menanti terpilih menang hadiah utama nanti," katanya kepada Majoriti.

Yusairi berkata, dia sendiri yang bertekad untuk menyertai kempen Langgan dan Menang Majoriti meskipun tanpa ajakan daripada pihak lain kerana tertarik dengan pelbagai hadiah ditawarkan.

Sebagai ketua keluarga yang menyara isteri dan dua orang anaknya, Yusairi turut mendedahkan keinginannya memperoleh hadiah utama bagi menyelesaikan komitmen sekeluarga dari sudut kewangan.

"Saya nak jelaskan hutang, dan komitmen lain kalau ada rezeki menang," katanya.

Kempen Langgan dan Menang yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan yang ditawarkan meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Selain itu, terdapat hadiah lain antaranya pakej pelancongan untuk dua orang ke Taiwan bernilai RM10,000 dan tidak terhenti di situ, bagi setiap langganan berjaya, anda akan menerima ganjaran serta-merta; baucar Starbucks bernilai RM10 dan baucar Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30.

Jangan risau! Bagi pembaca yang baharu melanggan atau sedia ada, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan sepanjang 18 minggu kempen ini dijalankan.

Kempen ini turut disokong oleh beberapa rakan kerjasama utama antaranya OSK Property, Aeon, Ogawa Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants.

Jadi apa tunggu lagi, jom langgan dan untuk maklumat lanjut sila kunjungi kempen Langgan dan Menang Majoriti.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram