Pakej RM10,000 cuti ke Taiwan jadi idaman Siti lepas menang hadiah mingguan kempen Majoriti


  • Bizz
  • Khamis, 21 Sep 2023

Siti antara pemenang kempen Langgan dan Menang minggu keempat.

SETELAH sekian lama tidak melancong ke luar negara, pemenang, Siti Najibah Abd Basid impikan hadiah utama berupa tiket penerbangan ke Taiwan selepas melanggan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Pemenang minggu keempat ini juga menyatakan hasratnya untuk memenangi hadiah utama selain daripada kondominium iaitu pakej pelancongan ke Taiwan untuk dua orang bernilai RM10,000.

"Semestinya saya mahukan rumah, tetapi selain itu, saya juga mahu tiket penerbangan ke Taiwan kerana teringin untuk melihat negara luar.

"Sebelum ini saya pernah juga ke Thailand, tetapi saya nak juga merasa dapat melancong ke negara lain seperti Taiwan," katanya kepada Majoriti.

msg1050426791-16701

Siti Najibah, pemenang mingguan teruja dengan pelbagai hadiah lumayan yang ditawarkan.

Siti yang berusia 30 tahun itu juga tidak menyangka akan menjadi salah seorang pemenang hadiah mingguan yang berupa minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50 ml.

"Saya terkejut dan tak sangka secepat ini boleh menang kerana sebelum ini banyak sahaja kempen lain yang saya masuk tapi kali ini tak sangka boleh menang," katanya.

Menurutnya lagi, dia bersyukur dipilih sebagai pemenang jika bukan kerana ajakan daripada rakan sekerjanya yang juga salah seorang pemenang minggu ketiga.

"Saya tahu kempen ini pun daripada rakan satu pejabat tempat saya bekerja dan dia pun salah seorang pemenang hadiah mingguan," tambahnya.

Bagi Siti, dia tidak menyesal melanggan kerana hadiah-hadiah yang ditawarkan sangat berbaloi dan lumayan.

"Saya tertarik nak sertai kempen ini kerana belum diumumkan pemenang saya dah terima baucar Starbucks dan restoran Chef Wan," katanya lagi.

Sementara itu, kempen Langgan dan Menang turut disokong oleh beberapa rakan kerjasama utama antaranya OSK Property, Aeon, Ogawa Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants.

Masih belum terlambat untuk menjadi sebahagian pemenang bertuah kempen ini kerana masih ada berbaki 15 minggu dan anda turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah utama yang ditawarkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram