Enam rumah hangus, 2 beradik ditemukan rentung di Sabah


  • 112
  • Khamis, 21 Sep 2023

Keadaan rumah yang terbakar serta mengakibatkan dua beradik rentung dalam kejadian di Kampung Pulutan, Menggatal, Kota Kinabalu pada Khamis. — JBPM Lintas

MAYAT dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Kampung Pulutan, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mayat Jackron Jabri, 6, bersama adiknya, Jayraiyen, 5, ditemukan di dalam salah sebuah rumah yang terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.13 petang.

Katanya, seramai 12 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lapan kilometer dari BBP Lintas.

"Menurut laporan, kebakaran melibatkan enam rumah jenis tidak kekal dan semuanya musnah terbakar 100 peratus.

"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dan api berjaya dikawal pada pukul 2.53 petang.

"Hasil pemeriksaan terdapat dua mangsa rentung di lokasi kebakaran melibatkan dua kanak-kanak di salah sebuah rumah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Agustavia berkata, mayat dua beradik itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.25 petang selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya lain dan bara api yang tinggal," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram