Dua sesak nafas gas ammonia kilang ais bocor di Simpang Pulai


  • 112
  • Selasa, 19 Sep 2023

Anggota bomba memantau keadaan kebocoran gas amonia di Simpang Pulai pada Selasa.

DUA mangsa dikejarkan ke hospital susulan insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang ais di Persiaran Industri Rapat Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Akmar Hisham Basor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.11 pagi pada Selasa.

“Setibanya kami, penyelia kilang memaklumkan mengenai kebocoran paip itu dan memberitahu bau itu boleh dikesan sehingga jarak 100m jauhnya.

"Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Nazirah Mohamad, 33, dan Muhammad Azizuddin Azni, 25.

“Mereka mengalami kesesakan nafas dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Akmar berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di bahagian kecemasan.

“Unit kami membuat penelitian dan memasang water curtain lalu memasuki kawasan terlibat bagi menutup kebocoran pada bahagian tangki.

"Kami berjaya mengawal kebocoran pada pukul 10 pagi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram