Sate Kajang bakal dapat pengiktirafan, roti canai antara 5 juadah popular pernah diwarta sebagai makanan warisan


  • Massa
  • Ahad, 17 Sep 2023

Cadangan untuk mengiktiraf hidangan sate yang amat sinonim dengan bandar Kajang sejak 1917 itu sudah pun dimulakan sejak 2011.

KERAJAAN Selangor pada Sabtu mengumumkan bahawa Sate Kajang bakal menjadi hidangan terbaharu yang akan diwartakan sebagai makanan warisan negeri tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Istiadat Melayu dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha bagi mengangkat imej makanan tradisional popular tersebut.

Katanya, cadangan untuk mengiktiraf hidangan yang amat sinonim dengan bandar Kajang sejak 1917 itu sudah pun dimulakan sejak 2011.

Ia meliputi kajian membabitkan aspek antaranya sejarah, latar belakang, saiz dan termasuk cara penyediaannya.

Secara umumnya, pewartaan terhadap makanan warisan dilakukan bagi membantu proses memelihara dan mendokumentasikan juadah tradisi masyarakat di sesuatu tempat agar ia tidak pupus ditelan zaman.

Ini kerana lazimnya, resipi dan penyediaan makanan tradisi di negara ini hanya diturunkan dari satu generasi ke generasi secara lisan tanpa ada rekod dan dokumentasi yang sistematik.

Usaha ini bukan sahaja dilakukan di peringkat negeri, malahan di peringkat kebangsaan, pewartaan makanan warisan ini juga dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Setakat 2022, dilaporkan sebanyak 213 makanan di dalam negara sudah disenaraikan sebagai Makanan Warisan Kebangsaan.

Hidangan yang tersenarai itu bukan sahaja membabitkan lauk-pauk, tetapi juga kuih-muih, pencuci mulut dan pelbagai lagi makanan berat lain.

Berikut Majoriti senaraikan antara 5 makanan yang diiktiraf sebagai makanan warisan di dalam negara.

1. Nasi Ambeng

1557577_498213563618626_1131116082_n

Nasi ambeng lazimnya dihidangkan ketika majlis kenduri. — Facebook

Nasi Ambeng yang merupakan makanan tradisional masyarakat Jawa diwartakan sebagai Makanan Warisan Negeri Selangor pada November tahun lalu.

Kebiasaannya, hidangan yang terdiri daripada nasi putih bersama ayam, sambal goreng jawa, serunding kelapa dan mi goreng ini kebiasaannya agak sinonim dengan majlis kenduri.

Malah, juadah ini juga lazimnya disediakan di dalam talam dan dilapik dengan daun pisang untuk dinikmati secara bersama-sama dengan empat hingga enam individu.

Keunikan penyediaan nasi ambeng ini menjadikannya menu tradisi yang bukan sahaja memiliki keenakan tersendiri, malah turut membawa nilai falsafah yang seperti kesepakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

2. Nasi lemak

(BRIEF CAPTION): Beautician Christine who turned to selling food Nasi Lemak for income in Fisherman's Wharf Food Corner Penang. ( July 5, 2021 ). — CHAN BOON KAI/The Star

Nasi lemak merupakan makanan yang dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Nasi lemak merupakan hidangan juadah popular yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ini kerana, sehingga ini, makanan sinonim sebagai juadah sarapan ini boleh dinikmati hampir segenap lapisan masyarakat di dalam negara tidak kira kaum mahupun agama.

Disebabkan keunikannya itu, kerajaan mewartakan nasi lemak sebagai Warisan Kebangsaan pada 2009.

Pada masa, catatan mengenai hidangan ini sudah mula direkodkan seawal 1909 oleh pegawai pentadbir kolonial Inggeris ketika itu, iaitu Richard Olaf Winstedt.

3. Roti canai

NUrshafirah Hairi Hisham (right) brought her friend for Singapore Evelyn Neo to enjoy a Roti Canai in Mamak stall at Bukit Bintang Kuala Lumpur. — AZLINA ABDULLAH/ The Star

Roti canai pernah dipilih sebagai makanan jalanan terbaik dunia pada tahun lalu.

Di sebalik sejarah asal-usulnya yang masih terus diperdebatkan ketika ini, namun perlu diakui bahawa roti canai yang dijadikan sebagai makanan ringan ini sememangnya telah menjadi hidangan yang begitu sinonim dengan identiti masyarakat Malaysia.

Malah, pada tahun lalu. roti canai Malaysia juga disenaraikan sebagai makanan jalanan paling popular di dunia oleh portal panduan pelancongan berpangkalan di Croatia, TasteAtlas yang menilai lebih daripada 10,000 masakan dan minuman di seluruh dunia.

Dalam ranking tersebut, roti canai negara turut menewaskan paratha, iaitu hidangan makanan tradisional negara India yang sememangnya mirip seperti roti canai daripada segi penyediaan dan bahan pembuatannya.

Dalam penjelasannya mengenai ranking berkenaan, portal tersebut menyifatkan roti canai sebagai 'roti tradisional Malaysia yang mempunyai tekstur dalaman yang lembut, dan lapisan luar yang rangup.

Pewartaan roti canai sebagai warisan Kebangsaan dibuat pada 2009.

4. Dodol

E5EEE1C3-5310-41CF-8326-256D3365C3AE

Kaedah pembuatan dodol perlu melalui proses yang agak rumit.

Dodol merupakan makanan manisan tradisional yang kebiasaannya dihidangkan semasa Hari Raya atau majlis perkahwinan dan ia terkenal antaranya di Melaka, Muar dan Johor.

Bagaimanapun, proses pembuatannya boleh dikatakan agak rumit kerana penyediaannya perlu dilakukan dengan kaedah kacauan yang kebiasaannya berlangsung secara berterusan selama lebih kurang empat jam pada suhu tinggi.

Teknik tersebut perlu dilakukan bagi menghasilkan tekstur melekit, pekat dan manis yang menjadi identiti hidangan ini.

Untuk rekod, catatan mengenai dodol boleh ditemui seawal 1852 selepas ia direkodkan di dalam kamus yang dihasilkan pentadbir Inggeris, John Crawfurd.

5. Opok-opok

167472340_275594987524485_845583483228495082_n

Opok-opok perlu dibakar dengan teknik yang betul untuk memastikan ia dihidangkan dalam keadaan yang rangup. — Facebook

Opok-opok adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada beras pulut.

Hidangan yang terkenal bahagian negeri Pantai Timur negara seperti Kelantan dan Terengganu ini lazimnya dimakan dengan kelapa parut.

Meskipun dilihat agak ringkas, namun proses pembuatannya agak remeh dan memerlukan kepada kemahiran yang agak tingi khususnya ketika membakar bagi membolehkannya mendapat tekstur yang amat rangup

Ini kerana langkah membakar opok-opok tidak memerlukan minyak sebaliknya ia hanya menggunakan bara api. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram