[VIDEO] Disyaki tiada 'roadtax', pemandu Wira hati kering selamba rempuh 'roadblock'


  • Tular
  • Khamis, 14 Sep 2023

Rakaman dashcam menunjukkan tindakan melampau pemandu Proton Wira terbabit yang cuba merempuh sekatan jalan raya.

BEBERAPA anggota polis berdepan detik cemas apabila nyaris dilanggar oleh sebuah kereta Proton Wira semasa sedang melakukan pemeriksaan jalan raya.

Kejadian itu dapat dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang ketika itu sedang menunggu untuk menjalani pemeriksaan polis berkenaan.

Menerusi video berdurasi 43 saat itu menunjukkan tindakan pemandu Proton Wira yang dilihat seolah-olah sengaja memecut kereta melebihi had laju ketika menghampiri pemeriksaan polis.

Pemandu kereta itu memecut di laluan sebelah kiri hingga menyebabkan anggota polis yang bertugas terpaksa melompat ke bahu jalan untuk menyelamatkan diri masing-masing daripada dilanggar.

Sebuah kenderaan polis turut dilihat membunyikan siren sebelum mengejar kereta Proton Wira tersebut sambil diikuti sebuah kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Lokasi dan tarikh kejadian begitupun masih belum dapat dipastikan.

Video yang memaparkan detik-detik kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @WmAbWa.

Menjengah ke ruangan komen, warganet berpendapat pemandu kereta itu sengaja lari daripada pemeriksaan polis mungkin disebabkan tiada cukai jalan.

"Tak ada roadtax tu, seseorang tolong belikan dia kereta baharu," tulis datoedwinprabu dalam nada perli.

"Mesti tak ada cukai jalan, kesian dia, itu tak boleh ambil tindakan," kata ikhwzul.

"Lari macam ni mesti bawa barang terlarang," dakwa AkifIqball.

Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram